Bukan kombatan Kombatan

Bukan kombatan adalah istilah khusus dalam undang-undang perang dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, memperihalkan orang awam yang tidak mengambil bahagian secara langsung dalam persengketaan;[2] orang-orang—seperti pegawai perubatan tentera dan pegawai agama tentera—yang merupakan anggota angkatan tentera yang berperang tetapi dilindungi kerana tugas-tugas khusus mereka (seperti diterangkan dalam Protokol I Konvensyen Geneva, yang diterima pakai pada Jun 1977); kombatan yang diletakkan dalam hors de combat; dan negara berkecuali (termasuk anggota tentera) yang tidak berjuang untuk salah satu pihak yang berperang dalam konflik bersenjata. Status tertentu ini pertama kali diiktiraf dibawah Konvensyen Geneva dengan Konvensyen Geneva Pertama tahun 1864.